Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Rasulullah SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama daripada Baginda. Bertepatan dengan hadith tersebut, kita selaku umatnya mestilah sedaya upaya mencari ilmu dan menyampaikan ilmu yang telah dipelajari sebagai manfaat kepada orang lain.
Sampaikan 1: Resultku hancusssss T.T
Ara terkedu melihat paparan skrin di muka laptopnya. Hati serentak mengucap hamdalah bersama istighfar berulang kali. Bersyukur kerna doanya untuk lulus termakbul. Istighfar kerna merasakan doanya untuk lulus cemerlang seakan tidak dikabulkan tuhan.
"uhu teruknya..."
"Dush2. oi tak tau bersyukur ke?Nasib baik lepas semua. Kalau ada yang sangkut tak ke haru? bersyukurlah. redha. ada hikmahnya tu."
Hatinya berperang rasa sedih dan kecewa dengan rasa harus berlapang dada menerima ketentuan yang Maha Esa. Seharian.
Telefon bimbit samsung dari poket bag pack diseluk keluar. Sheera. Saat-saat macam tu satu nama ni tak pernah lekang dari ingatan. Satu pesanan ringkas ditaip.
"Result hancus. Motivation needed."
Ringkas. Selang beberapa minit, beep...beep...
"...terimalah. Allah bagi sesuatu sebenarnya tu. Kena cari.
Panjang lebar temannya yang seorang itu mengatur kata membina motivasi buat Ara. Tapi ayat hujung itu yang terkesan. Allah bagi sesuatu. Kena cari. Ya, kena cari. Takkan mungkin terjadi sesuatu tanpa sebab. Ara termenung lagi. Jauh memikir hikmah sebalik semua ini.
***
Helaian ma'surat dibuka satu persatu. Membaca setiap ayat penuh khusyuk. Subuh itu Ara kembali tenang. Seolah mendapat jawapan semua persoalan semalam.
Terlalu banyak kelemahan yang menyebabkan keputusan Ara begitu teruk. Usahanya, doanya, keberkatannya. Semua ada kekurangan di mana-mana. Tapi yang pasti ada semua berlaku itu kerna Allah sayangkan dirinya. Kedukaan itu untuk membawa Ara kembali ke landasan utamanya. Ara tahu. Ara yakin. Lama berada di kampus itu berlumba-lumba dengan 'garisan mati' tetapan manusia buat dia terlupa niat asalnya berada di situ. Menuntut ilmu yang bermanfaat untuk memberi manfaat kepada orang lain. Menuntut ilmu fardhu kifayah bagi melaksanakan amanahnya sebagai khalifah fil ardh.
Ya dia terlupa itu. Dia sedih seharian kerana sistem penilaian yang dicipta manusia. Dia lupa penilaian Allah yang lebih utama. Dia terlupa mengejar matlamat yang satu itu. Hari ini yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Esok kejadian yang sama tak akan berulang lagi. Ara bertekad. Plan my work, work my plan. Apa pun keputusannya akhir semester nanti terserah pada yang Maha Kuasa. Apa yang penting dia harus berusaha sehabis baik menuntut ilmu dan menyampaikan agar menjadi ilmu yang bermanfaat.
Ara duduk tenang sambil menarik nafas dalam.
"Rabbi yusahhil".
~Tamat~
No comments:
Post a Comment